Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Beyonce Selebriti Paling Berpengaruh 2014


Tahun 2014 nyata menjadi milik penyanyi terkenal, Beyonce apabila telah dinobatkan sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes. 
 
Pengaruh penyanyi ini memang tidak boleh disangkal lagi berdasarkan keupayaannya menjayakan 95 persembahan bersar setakat tahun ini dengan bayaran sebanyak USD2.5 juta bagi setiap persembahan. 
 
Selain itu penjualan album terbarunya, 'Beyonce' yang mencecah jutaan unit turut menyumbang kepada kejayaan ini. 
 
Tempat kedua menjadi milik pemain bola keranjang NBA, LeBron James. Manakala penerbit muzik terkenal , Dr Dre pula berada di kedudukan ketiga. 
 
Berikut adalah senarai penuh selebriti paling berpengaruh Forbes 2014:
 
1. Beyonce
2. LeBron James
3. Dr. Dre
4. Oprah Winfrey
5. Ellen DeGeneres
6. Jay-Z
7. Floyd Mayweather Jr.
8. Rihanna
9. Katy Perry
10. Robert Downey Jr.

Album Terbaru Dato' Siti Nurhaliza 'Fragmen'


Sekian lama menanti, akhirnya album baru penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza berjudul 'Fragmen' akhirnya berada di pasaran.  Album ke-15 Siti itu menampilkan sembilan buah lagu yang mana diterbitkan sendiri oleh Siti Nurhaliza Production (SNP) dengan kerjasama pihak Universal Music Malaysia.
 
"Alhamdulillah, 'Fragmen' mengisi tentang kasih, nilai dan semangat. Biarlah jiwa kita terus hidup dan subur dengan semangat yang diberikan dan kekuatan yang dianugerahkan. 
 
"Saya sangat bersyukur dengan kelahiran 'Fragmen' dan berharap semoga album terbaru saya ini akan menjadi teman anda. Saya mungkin tidak pernah menemui anda tetapi lagu-lagu saya sampai kepada anda.  Itulah yang selalu mendekatkan saya dengan anda semua sebagai peminat saya (Sitizoners) dan juga para pencinta muzik," kongsi Siti.
 
Menampilkan Aubrey Suwito sebagai penerbit album, Siti turut bekerjasama dengan beberapa komposer lain seperti Faizal Tahir, Mike Chan, Awi Rafael, Hamid Mufari, Adi Priyo, Ade Govinda, Lin Li Zhen dan Acap.
 
"Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Universal Music  Malaysia kerana sudi menerbitkan album ini bersama-sama Siti Nurhaliza Productions. Kepercayaan yang diberikan ini saya hargai dan berharap agar kerjasama yang baik ini membuka jalan yang lebih luas buat saya.

"Terima kasih kepada seluruh pihak yang bekerja keras di hadapan atau di belakang tabir untuk penerbitan album ini terutamanya penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, Aubrey Suwito selaku penerbit dan penasihat untuk album, tenaga produksi album  di Malaysia dan di Indonesia .  
 
"Terima kasih juga kepada pihak Universal Music Malaysia dan SNP sendiri,  keluarga saya, serta semua yang mungkin tidak dapat saya nyatakan satu persatu di sini. Setiap usaha dan kerjasama anda terhadap 'Fragmen', saya menghargainya.  Buat peminat-peminat saya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan di mana saja album ini boleh didapati, saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Terimalah 'Fragmen' sebagai perantara silratulrahim antara kita semua," ujar Siti lagi.
 
Pun begitu, dalam keterujaan untuk memiliki album ini Siti sempat berpesan kepada seluruh pencinta muzik dan peminatnya untuk mendapatkan album ini secara original atau membeli di Itunes.
 
"Bila album baru keluar, saya faham keterujaan ini.  Ada peminat-peminat yang memang menantikan album ini dan mahu menjadikan koleksi malah tentu membeli yang original.  Tidak dinafikan ada pula pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti 'buaya' yang menanti membaham mangsa dengan menjadikan album ini dalam pasaran cetak rompak dan tak kurang untuk muat turun secara haram.  

"Kerja seni juga ada peranan dan sumbangan.  Bukan sedikit wang atau tenaga yang dikeluarkan. Bantu kami di mana anda temui cetak rompak atau muat naik secara haram dengan memberikan info kepada pihak SNP dan Universal," pesan Siti.


A Great Big World Gegar Kuala Lumpur 7 Ogos Ini


Lagu 'Say Something' membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia. Lagu duet bersama Christina Aguilera ini berjaya meletakkan mereka antara artis baru yang harus diberi perhatian. Kini, A Great Big World tidak menunggu lama untuk bertemu peminat di Malaysia apabila bakal mengadakan persembahan sulung di negara ini pada 7 Ogos depan. 
 
A Great Big World Live in Malaysia 2014 akan berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur tepat jam 8.30 malam. Kehadiran mereka yang dalam rangka mempromosikan album terbaru, 'Is There Anybody Out There' tentunya begitu dinantikan oleh peminat setia mereka. 
 
Tiket 'early bird' (dari 30 Jun - 30 Julai) sudah mula dijual sejak 30 Jun lalu dengan harga RM68 (world zone) RM158 (big zone) dan RM198 (great zone). Seterusnya tiket biasa dijual pada harga RM98, RM198 dan RM248 mengikut kategori masing-masing. 
 
Tiket-tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi +603-78807999 dan untuk sebarang maklumat lanjut, 'like Facebook The Wonderland+ di www.facebook.com/TheWonderLandPlus  

Konsert Jamal Abdillah Di Kuantan 23 Mei 2014


Konsert Eksklusif Datuk Jamal Abdillah di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang yang terpaksa ditunda pada 11 April lalu sebagai menghormati kehilangan pesawat MH370 sebelum ini bakal dijalankan pada tarikh baharu iaitu 23 Mei ini.
 
Pengurus Budak Zapin Production, Mohd Arifin Ikhsan berkata, konsert itu hanya mengalami perubahan dari segi tarikh, manakala masa dan tempat konsert berlangsung serta harga tiket masih sama seperti yang ditetapkan sebelum ini.
 
Selain dapat berhibur bersama penyanyi bersuara emas, 100 peminat bertuah yang membeli tiket berharga RM250 turut berpeluang memiliki sehelai T-shirt eksklusif yang ditandatangani oleh Jamal Abdillah sendiri.
 
Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket dan maklumat selanjutnya, anda bolehlah menghubungi agen konsert di talian 014-2629116 (Ayu) dan 019-9851714 (Kurie). 

info by MH 


Laman Web Dekatkan Shae Dengan Peminat?

 
 
Penyanyi Indonesia yang berjaya mencuri perhatian peminat muzik di negara ini dengan lagu popularnya 'Sayang', Shae telah melancarkan laman web sendiri agar lebih mudah untuk berkomunikasi bersama peminatnya di serata dunia. 
 
Peminat-peminat Shae yang juga dikenali sebagai 'SobatShae' boleh mengetahui segala informasi terkini mengenai penyanyi kesayangan ramai ini dengan hanya melayari laman web ini di www.shaeofficial.com. 
 
Di laman web ini juga, peminat boleh menonton semua muzik video, lagu, gambar dan berita terkini mengenai Shae. 

'I Am Ziana Zain' Bakal cipta Sejarah



Penantian selama 15 tahun untuk mengadakan konsert berskala besar selepas konsert terakhirnya pada 2001 iaitu 'Ziana Zain In The Park' berakhir apabila penyanyi berusia 46 tahun ini bakal tampil dengan sebuah lagi konsert mega yang diberi nama 'I Am Ziana Zain'.
 
Istimewanya, konsert yang diimpikan Ziana sejak sekian lama bakal mencipta sejarah tersendiri sepanjang lebih 20 tahun dia bertapak sebagai anak seni.  Buat pertama kali, Ziana akan mengadakan konsert di negeri kelahirannya iaitu di Melaka.
 
Selain itu, 'I Am Ziana Zain' bakal menyaksikan kolaborasi pertama Ziana dengan pengarah muzik tersohor negara, Aubrey Suwito.  Dan ia satu lagi impian Ziana untuk bekerjasama dengan pengarah muzik hebat itu.
 
Paling penting juga, konsert yang bakal berlangsung pada 27 September 2014 di MiTC Melaka itu ditaja sepenuhnya oleh sebuah syarikat baru iaitu Gold Earth Pictures.
 
"Alhamdulillah, selepas 15 tahun saya akan kembali menghiburkan peminat dengan sebuah persembahan berskala besar.  Ini adalah hadiah buat peminat yang tidak henti-henti menyokong dan bertanya bila saya mahu adakan konsert.
 
"Melaka dipilih bagi memberikan kelainan kepada konsert ini.  Selalunya buat di Kuala Lumpur sahaja, kali ini saya memilih tempat lahir saya.  Kebetulan, ia mendapat sokongan baik daripada pihak kerajaan Negeri Melaka," kongsi Ziana di majlis sidang media 'I Am Ziana Zain' bertempat di Hotel Royale, Damansara.
 
Apa yang pasti, konsert berdurasi selama dua jam itu bakal menyaksikan Ziana menyanyikan 22 buah lagu popularnya dari album pertama sehingga kini dengan diiringi 22 orang pemuzik orkestra dibawah pimpinan Aubrey Suwito.
 
Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert ini sudah mula dijual di www.TicketPro.com atau boleh membeli terus di pejabat urusan Gold Earth Pictures bermula 14 April sehingga 31 Mei 2014 dan akan mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus.
 
Bagi peminat yang membeli tiket platinum berharga RM325, tawaran istimewa diberikan apabila penganjur turut menyediakan penginapan dan berpeluang bersama Ziana melawat tempat-tempat menarik di Melaka.  Maklumat lanjut boleh menghubungi Veea di talian 0122032508 atau Hilmi 0126884434.

Gwen Stefani Sertai The Voice Musim Ketujuh



Musim ketujuh program realiti nyanyian 'The Voice' bakal menerima juri baru apabila Christina Aguilera yang kini hamil anak keduanya bakal digantikan dengan vokalis kumpulan No Doubt, Gwen Stefani. 
Menurut laporan TMZ, Gwen telah menandatangani kontrak untuk menjadi juri selama satu musim bersama Adam Levine dan Blake Shelton. 
Selain Gwen, penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu 'Happy', Pharrell Williams terlebih dahulu mengesahkan menyertai rancangan ini sebagai juri bagi menggantikan CeeLo Green yang telah menarik diri dari program ini.

Nuclear Strikes kumpulan Rock dari Malaysia melancarkan fan club di Germany



Nampak gayanya masalah kehilangan dan tukar-ganti vokalis wanita dalam NUCLEAR STRIKES bukanlah pelemah semangat dan pematah perjalanan band Heavy Metal ini. Setelah kukuh dengan wujudnya fan club Indonesia dan Singapura, NUCLEAR STRIKES yang kini bergerak dengan vokalis baru Tassya Blade kian mengembangkan sayap mereka bilamana tertubuh dan dilancarkan FAN CLUB GERMANY. Nuclear Strikes Germany. diatur semua oleh Uriah Scott dari Oxygen Group di German. Oxygen Group akan mengeluarkan barangan Merchandise Nuclear Strikes. dijangka akan berada di pasaran German akan datang. Nuclear Strikes telah pun menadatangani Kontrak bersama Defox Record/Heart Of Steel Records di Italy pada 2012, kini album Nuclear Strikes terjual secara Digital di seluruh dunia.

https://www.facebook.com/groups/1461188827442743/

Oxygen Group - http://www.oxygen-group-shop.de/
Uriah Scott Design - https://www.facebook.com/pages/URIAH-SCOTT-design/1392829867604980  

See Link
 Official Nuclear Strikes Group.
Nuclear Strikes Indonesia.
Nuclear Strikes Singapore. 
Nuclear Strikes Germany. 
Nuclear Strikes News Channel
Nuclear Strikes Website
Nuclear Strikes Youtube

Info dari Ekstrim/Metal Blaster/Nuclear Strikes News Channel

Senarai Penuh 12 Lagu Final Anugerah Juara Lagu (AJL 28) 26 Januari 2014


Senarai Penuh 12 Lagu Final Anugerah Juara Lagu (AJL 28) 26 Januari 2014. Sebanyak dua belas (12) buah lagu terbaik telah layak ke Anugerah Juara Lagu yang ke 28 selepas berentap dan keputusan itu diumumkan di pentas separuh akhir Muzik Muzik 28 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada Jumaat malam
  • Berikut ialah senarai lagu-lagu yang layak ke AJL28:-
  • 1. Penglipurlara = Hazama feat The Penglipurlara
  • 2. Takkan Terpisah = Black
  • 3. Bahagiamu Deritaku = Hafiz
  • 4. Aku Pelat = Salam Musik
  • 5. In Love With You = Noh Salleh feat Aizat Amdan
  • 6. Bosan = Stacy
  • 7. Kalau Aku Kaya = Altimate feat Awi Rafael
  • 8. Hanya Aku = Hyper Act
  • 9. Tanda Tanya = Azlan And The Typewriter
  • 10. Sahabat = Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
  • 11. Ikut Rentakku = Jaclyn Victor
  • 12. Kau Yang Terindah = Alyah 




The launch of Google Play Music All Access

DEFOX RECORDS announce to all our associated about the launch of Google Play Music All Access in the following countries: Austria, Belgium, France, Ireland, Italy, Luxembourg, Portugal, Spain, United Kingdom, Czech Republic, Finland, Hungary, Liechtenstein, the Netherlands, Russia and Switzerland.

To date the service was available only in Australia, New Zealand and United States.

All Access will be a monthly subscription service that provides unlimited music access and without any advertising break to millions of songs on the web and on Android devices, allowing the user to listen to in streaming his favorite artists, create a custom radio, sync all the music in your possession on their devices, buy new tracks and albums.

DEFOX RECORDS in collaboration with the international platform Believe Digital will distribute and promote music and all releases on store, in both streaming and download, even in these new countries.

Komen Di Sini