Konsert Jamal Abdillah Di Kuantan 23 Mei 2014


Konsert Eksklusif Datuk Jamal Abdillah di Hotel Zenith, Kuantan, Pahang yang terpaksa ditunda pada 11 April lalu sebagai menghormati kehilangan pesawat MH370 sebelum ini bakal dijalankan pada tarikh baharu iaitu 23 Mei ini.
 
Pengurus Budak Zapin Production, Mohd Arifin Ikhsan berkata, konsert itu hanya mengalami perubahan dari segi tarikh, manakala masa dan tempat konsert berlangsung serta harga tiket masih sama seperti yang ditetapkan sebelum ini.
 
Selain dapat berhibur bersama penyanyi bersuara emas, 100 peminat bertuah yang membeli tiket berharga RM250 turut berpeluang memiliki sehelai T-shirt eksklusif yang ditandatangani oleh Jamal Abdillah sendiri.
 
Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket dan maklumat selanjutnya, anda bolehlah menghubungi agen konsert di talian 014-2629116 (Ayu) dan 019-9851714 (Kurie). 

info by MH 


Komen Di Sini