A Great Big World Gegar Kuala Lumpur 7 Ogos Ini


Lagu 'Say Something' membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia. Lagu duet bersama Christina Aguilera ini berjaya meletakkan mereka antara artis baru yang harus diberi perhatian. Kini, A Great Big World tidak menunggu lama untuk bertemu peminat di Malaysia apabila bakal mengadakan persembahan sulung di negara ini pada 7 Ogos depan. 
 
A Great Big World Live in Malaysia 2014 akan berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur tepat jam 8.30 malam. Kehadiran mereka yang dalam rangka mempromosikan album terbaru, 'Is There Anybody Out There' tentunya begitu dinantikan oleh peminat setia mereka. 
 
Tiket 'early bird' (dari 30 Jun - 30 Julai) sudah mula dijual sejak 30 Jun lalu dengan harga RM68 (world zone) RM158 (big zone) dan RM198 (great zone). Seterusnya tiket biasa dijual pada harga RM98, RM198 dan RM248 mengikut kategori masing-masing. 
 
Tiket-tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi +603-78807999 dan untuk sebarang maklumat lanjut, 'like Facebook The Wonderland+ di www.facebook.com/TheWonderLandPlus  

Komen Di Sini