FR David - Word [Single Review]

Tahun 80an banyak menghasilkan lagu-lagu yang merentasi zaman.Sebagai contoh di dalam genre rock lagu Final Countdown dari kumpulan Europe.Dengan alunan bunyi keyboard sebagai kunci tarikan,maka terhasilah satu irama yang sangat menarik sehinggakan relevan untuk didengar sehingga sekarang.fenomena lagu merentasi merentasi zaman ini tidak terbatas di dalam genre rock sahaja malahan di genre pop.Lagu inilah yang saya akan huraikan di dalam artikel saya.Lagu ini bertajuk
'Words'-dikarang dan dinyanyikan oleh FR David.

F.R David
lahir tahun 1947
karier seni (1968-sekarang)
Tempat kelahiran-Menzel Bourguiba,Tunisia
Tempat bermula karier-Perancis
lagu hits-Words 1982.

Memang ramai tak berapa mengenali penyanyi ini pada zaman sekarang,tetapi di era 80an lagu pop romantik ciptaannya 'Words' menjadi siulan muda-mudi seluruh dunia.Dengan trademark cermin mata Ray Ban dan gitar Fender Stratocaster.Lebih dikenali sebagai 'one hit wonders' untuk penyanyi ini,lagunya sangat jarang berkumandang di radio-radio komersial
di Malaysia kecuali Lite FM (dahulunya dikenali Lite & Easy).Dengan jualan singlenya sebanyak 8 juta keping,lagu 'words' mendominasi carta seluruh Eropah dengan kemuncaknya mendapat tempat kedua di carta kepulauan British.Lagu ini juga telah mendominasi carta lagu di Afrika selatan,Korea Selatan,Jepun dan juga Amerika Syarikat .Dengan kombinasi susunan keyboard,bass yang teratur ditambah dengan petikan gitar satu chord major minor telah melengkapkan lagu ini sebagai lagu yang merentasi zaman.Terdapat juga beberapa kumpulan yang membawa lagu ini sebagai cover song.Di antaranya Tommy James and The Shondells,The Tremeloes dan Soraya.


Editor by Aiman Kamarudin.

Komen Di Sini