Buat julung kalinya, penyanyi Shila Amzah mengumumkan akan  mengadakan Konsert Cinta Shila Amzah yang akan berlangsung di Malaysia dan China. 
 
Konsert Cinta Shila Amzah di Malaysia akan diadakan pada 13 September 2014 di Mega Star Arena, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Manakala konsert untuk peminatnya di Shanghai, China akan diadakan lebih awal iaitu pada 16 Ogos 2014.
 
Dalam pada itu, konsert ini akan menggunakan sepenuhnya produksi Malaysia di mana Jennifer Thompson akan bertindak sebagai penerbit konsert dan Helen Yap pula dilantik menjadi pengarah muzik.
 
Berkonsepkan cinta, konsert ini dianjurkan oleh Mega Ultimate dan Shila Amzah Entertainment dan peminat bakal dihiburkan dengan lagu-lagu bertemakan cinta dari album Shila Amzah dan lagu-lagu daripada penyanyi lain. 
 
Tiket Konsert Cinta Shila Amzah bakal dijual tidak lama lagi dengan harga 1/VIP : RM268 3/PSI: RM138 4/PS2: RM88 (Harga tiket tidak mengandungi RM3 yuran pentadbiran).