Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Album Terbaru Dato' Siti Nurhaliza 'Fragmen'


Sekian lama menanti, akhirnya album baru penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza berjudul 'Fragmen' akhirnya berada di pasaran.  Album ke-15 Siti itu menampilkan sembilan buah lagu yang mana diterbitkan sendiri oleh Siti Nurhaliza Production (SNP) dengan kerjasama pihak Universal Music Malaysia.
 
"Alhamdulillah, 'Fragmen' mengisi tentang kasih, nilai dan semangat. Biarlah jiwa kita terus hidup dan subur dengan semangat yang diberikan dan kekuatan yang dianugerahkan. 
 
"Saya sangat bersyukur dengan kelahiran 'Fragmen' dan berharap semoga album terbaru saya ini akan menjadi teman anda. Saya mungkin tidak pernah menemui anda tetapi lagu-lagu saya sampai kepada anda.  Itulah yang selalu mendekatkan saya dengan anda semua sebagai peminat saya (Sitizoners) dan juga para pencinta muzik," kongsi Siti.
 
Menampilkan Aubrey Suwito sebagai penerbit album, Siti turut bekerjasama dengan beberapa komposer lain seperti Faizal Tahir, Mike Chan, Awi Rafael, Hamid Mufari, Adi Priyo, Ade Govinda, Lin Li Zhen dan Acap.
 
"Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Universal Music  Malaysia kerana sudi menerbitkan album ini bersama-sama Siti Nurhaliza Productions. Kepercayaan yang diberikan ini saya hargai dan berharap agar kerjasama yang baik ini membuka jalan yang lebih luas buat saya.

"Terima kasih kepada seluruh pihak yang bekerja keras di hadapan atau di belakang tabir untuk penerbitan album ini terutamanya penerbit, pencipta lagu, penulis lirik, Aubrey Suwito selaku penerbit dan penasihat untuk album, tenaga produksi album  di Malaysia dan di Indonesia .  
 
"Terima kasih juga kepada pihak Universal Music Malaysia dan SNP sendiri,  keluarga saya, serta semua yang mungkin tidak dapat saya nyatakan satu persatu di sini. Setiap usaha dan kerjasama anda terhadap 'Fragmen', saya menghargainya.  Buat peminat-peminat saya di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan di mana saja album ini boleh didapati, saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan anda selama ini. Terimalah 'Fragmen' sebagai perantara silratulrahim antara kita semua," ujar Siti lagi.
 
Pun begitu, dalam keterujaan untuk memiliki album ini Siti sempat berpesan kepada seluruh pencinta muzik dan peminatnya untuk mendapatkan album ini secara original atau membeli di Itunes.
 
"Bila album baru keluar, saya faham keterujaan ini.  Ada peminat-peminat yang memang menantikan album ini dan mahu menjadikan koleksi malah tentu membeli yang original.  Tidak dinafikan ada pula pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti 'buaya' yang menanti membaham mangsa dengan menjadikan album ini dalam pasaran cetak rompak dan tak kurang untuk muat turun secara haram.  

"Kerja seni juga ada peranan dan sumbangan.  Bukan sedikit wang atau tenaga yang dikeluarkan. Bantu kami di mana anda temui cetak rompak atau muat naik secara haram dengan memberikan info kepada pihak SNP dan Universal," pesan Siti.


Nuclear Strikes kumpulan Rock dari Malaysia melancarkan fan club di Germany



Nampak gayanya masalah kehilangan dan tukar-ganti vokalis wanita dalam NUCLEAR STRIKES bukanlah pelemah semangat dan pematah perjalanan band Heavy Metal ini. Setelah kukuh dengan wujudnya fan club Indonesia dan Singapura, NUCLEAR STRIKES yang kini bergerak dengan vokalis baru Tassya Blade kian mengembangkan sayap mereka bilamana tertubuh dan dilancarkan FAN CLUB GERMANY. Nuclear Strikes Germany. diatur semua oleh Uriah Scott dari Oxygen Group di German. Oxygen Group akan mengeluarkan barangan Merchandise Nuclear Strikes. dijangka akan berada di pasaran German akan datang. Nuclear Strikes telah pun menadatangani Kontrak bersama Defox Record/Heart Of Steel Records di Italy pada 2012, kini album Nuclear Strikes terjual secara Digital di seluruh dunia.

https://www.facebook.com/groups/1461188827442743/

Oxygen Group - http://www.oxygen-group-shop.de/
Uriah Scott Design - https://www.facebook.com/pages/URIAH-SCOTT-design/1392829867604980  

See Link
 Official Nuclear Strikes Group.
Nuclear Strikes Indonesia.
Nuclear Strikes Singapore. 
Nuclear Strikes Germany. 
Nuclear Strikes News Channel
Nuclear Strikes Website
Nuclear Strikes Youtube

Info dari Ekstrim/Metal Blaster/Nuclear Strikes News Channel

Famieza - Great Malaysian singer Jazz/R&B, [Review]



GMB want to bring this to you all, a great singer from Malaysia, probable not many people know him as only producing one album, the great singers of our day is Famieza full name Famiza Zulkifli now leaving directly in the libretto. This singer has recorded albums, genre Jazz and R&B, since 80's in Malaysia. Famieza album titled Getaran. released on 1989, the market is already in Indonesia,or more it is said Standard, as well as Sheila Majid, Aisha, Fairuz Hussein, Malaysian singer rarely acceptable in Indonesia, at that time, one of which is Famieza try his luck. one of his first track titled Getaran, a hit in Indonesia (Release back by Anita Sarawak and Reza Artamevia, and songs title Senyumanmu .. Now she has stopped sing, only released one album in 1989 title Getaran, Now Famieza being successful as an entrepreneur through his company Cosmetic, Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing., .


 Malay :
kali ini GMB nak bawakan kepada anda semua, penyanyi hebat dari Malaysia, mungkin tidak ramai yang mengenali diri beliau kerana hanya sempat mengeluarkan satu album sahaja, penyanyi hebat kita hari ini iaitu Famieza atau nama penuhnya Famiza Zulkifli kini meninggalkan terus di dalam bidang nyanyian. Penyanyi ini pernah merakamkan Album yang berentakkan Jazz dan R&B, di zaman 80an dahulu di Malaysia. Album Famieza yang bertajuk Getaran.yang di keluarkan pada tahun 1989 album ini  telah pun berada pasaran di Indonesia, atau lebih dikatakan sebagai album [Standard] selain Sheila Majid, Aishah, Fairuz Hussein, ,  jarang penyanyi Malaysia yang dapat diterima di Indonesia, pada waktu itu, Salah seorang yang mencuba nasib itu adalah Famieza. salah 1 track beliau yang bertajuk Getaran, mendapat sambutan hangat di Indonesia  (sempat diriliskan kembali oleh Anita Sarawak dan juga Reza Artamevia, dan juga lagu SENYUMANMU.. sekarang beliau tidak lagi menyanyi, hanya mengeluarkan satu album Getaran pada tahun 1989, Kini Famieza sedang berjaya sebagai seorang usahawan Cosmetic melalui syarikatnya Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing. .  
Editor by Fix Mohd Nor


Ulasan Editor : Getaran antara lagu yang berkualiti yang mencapai tahap standard seperti lagu lagu barat.

Hadee - Work for 20 years In Malaysian Music Industry as a Rock Singer, now Releases a single album.[Introduces]


Hadee has been in the music industry for 20 years. in Malaysia . He was a member of bands like The BIGBAND , Musician , Up2U , MACHINE HEAD and Bands Strollers & acoustic band . Often get calls singing with the group in hotels , Pubs, Nightclubs, bistro & café , official functions of government , corporate function & event . It has performed the contract in a large and well-known as the Hard Rock Cafe Kuala Lumpur , HARD ROCK BALI, Planet Hollywood, Kuala Lumpur , Singapore and Indonesia with previous bands . He is also heavily involved in the alteration , arrangement and composition of the songs with friends and artists. Been involved in various performances as a background singer ( back-up vocals ) and with a group of musicians performing escort to his homeland artists Many also engaged and involved in the management and the work of Malaysian Employees Association to help artists, actors and creative people . In January 2014 Hadee has released a single album entitled SELAGI ADA .

Malay :
Hadee telah berkecimpung dalam industri Muzik selama 20 tahun.di Malaysia. Beliau pernah menganggotai kumpulan-kumpulan pemuzik seperti The BIGBAND,MUSICIAN, Up2U, MACHINE HEAD dan Band-band strollers & akustik band.Sering mendapat panggilan menyanyi bersama kumpulan di Hotel, Pub,Kelab Malam, bistro & café, majlis-majlis rasmi kerajaan, koperat function & event.Pernah mengadakan persembahan secara kontrak di tempat yang besar dan ternama seperti HARD ROCK CAFÉ Kuala Lumpur , HARD ROCK BALI, Planet Hollywood Kuala Lumpur , Singapura dan Indonesia bersama kumpulan muzik yang terdahulu.beliau juga banyak terlibat dalam pengubahan , penyusunan dan komposisi lagu-lagu bersama rakan-rakan dan artis. Pernah terlibat dalam pelbagai persembahan sebagai penyanyi latar ( back-up vocal ) dan bersama kumpulan pemuzik pengiring untuk persembahan artis-artis tanahair beliau juga Banyak terlibat dan membabitkan diri dalam pengurusan dan kerja-kerja Persatuan Karyawan Malaysia dalam membantu artis , pelakon dan penggiat seni tanahair. pada tahun 2014 Hadee telah mengeluarkan Album single bertajuk SELAGI ADA.  
 Editor by : Fix Mohd Nor 

contact : 
010-2877802 wan. 


Hadee - Selagi Ada

Kafarah - Alternative Pop from Kapit Sarawak. [Introduces]



Today editors want to introduce this time a band of Kapit in Sarawak, that kafarah . Kafarah was established in 2003 and originated from Kapit , Sarawak . Kafarah means sin . Kafarah consist of three members of the band. Led by Umar Alkhatab bin Abdullah (vokalis/gitaris), Wiltone Kendawang anak Langit (drummer) dan Mohd.Bakri Bin Berawi (bassist) . Kafarah extent influenced by music genre Grunge Metal, 60s, Pop , Rock and Alternative but not hardened vocal . For them, they want to create something new in the music scene . On their first single of 03/25/2013 CINTA BIASA SANG TERUNA has successfully recorded in iMuzik Studio in Sibu district . 11/11/2013 they also record video clips of their singles in RTM Kuching , for Evo -I plan TVI / Astro 180 and published on 12/07/2013 .

Malay :
kali ini Editor nak kenalkan sebuah band dari Kapit Sarawak iaitu Kafarah. Kafarah telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan berasal dari Kapit, Sarawak. Kafarah bermaksud penebus dosa. Kafarah dianggotai oleh tiga orang ahli band. Diketuai oleh Umar Alkhatab bin Abdullah (vokalis/gitaris), Wiltone Kendawang anak Langit (drummer) dan Mohd.Bakri Bin Berawi (bassist).Kafarah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh muzik genre Grunge Metal, 60an, Pop,Rock dan alternative tetapi vocal tidak dikeraskan. Bagi mereka, mereka ingin mencipta sesuatu yang baharu di dalam arena muzik. Pada 25/03/2013 single pertama kami iaitu CINTA BIASA SANG TERUNA telah berjaya dirakam di iMuzik Studio di daerah Sibu. 11/11/2013 mereka juga telah merakam klip video single mereka di RTM Kuching, untuk rancangan Evo-I Tvi / Astro 180 dan disiarkan pada 7/12/2013.
CINTA BIASA SANG TERUNA mengisahkan tentang ikatan kasih sayang yang akan diuji bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit. Ketika itu akan wujud pihak ketiga atau perasaan cinta kepada insan yang lain. Namun begitu sebagai orang yang matang dan berfikiran waras, lafaz cinta kita dengan pasangan kita menjadi ikatan kepada kita. Sayangi mereka kerana mereka juga menyayangi kita seadanya. dengarkan. 
Editor By Fix Mohd Nor. 

Untuk sebarang show  boleh hubungi mereka
0198746662 (UMAR), 
0148830315 (WILTONE),
0148954308 (MOHD BAKRI) 
FACEBOOK PAGE BAND : http://www.facebook.com/KaFaRaH 


 
Ulasan Editor : best juga lagu mereka ni.. good job, dah tak ramai band band yang nak main music macam ni.. teruskan Kafarah. Editor still support you all.. Editor Fix Mohd Nor

Dinda And The Boyz - Mencuba Pelbagai Jenis Muzik [Introduces]



Dinda n The Boyz adalah eksperimen band yang lebih minat membawakan pelbagai teknik dan kemahiran gaya kepada dunia muzik. band ditubuhkan pada November 2013 di Kuala Lumpur oleh penyanyi utamanya iaitu, Adinda. Nama itu diambil terus dari penyanyi Adinda itu sendiri untuk mengembangkan platform sehinggalah dunia mengakui gaya nyanyiannya.Misi dan visi mereka untuk mengembangkan muzik mereka dengan pelbagai genre serba boleh. band ini juga aktif di Acara Korporat / Lounge / Coffee House / Bar / Pub / Kedai Mamak / Warung / Kedai Kopi, mereka juga membawakan jenis muzik seperti Jazz, Swing, Technical, Lay Back, Easy Listening, Blues, Alternative, Hard Rock, Country, Traditional Malay, Bossa, Dondang Sayang, Ghazal, Keroncong, Samba, dan lain-lain. barisan pemain di dalam Dinda And The Boyz ini ialah,Dinda - Vocal,Agip - Lead Guitar,Nick - Second Guitar ,Koboy - Bass GuitarJibam - Drum & Percussion dan Sessionist, Zack - Lead & Second Guitar

Untuk persembahan boleh menghubungi Mereka: 
Adinda - 016 852 8896
Jibam - 019 3895877  

Facebook : https://www.facebook.com/dindantheboyz
 

Ulasan Editor : Band ini tidak ada kena mengena dengan band Ella n The Boys band 80an tu ye..haha.. Editor tak sabar nak tengok band ni sign dengan syarikat rakaman di Malaysia. kalau kena dengan muzik dan gayanya pasti meletup. Inshaa Allah. 
EDITOR : Rex

Puteri Caroline - Melawan Arus Cintamu [HQ]



Puteri Caroline - Melawan Arus Cintamu [HQ].
Origin - Malaysia
Genre - Pop, Rock , Ballads.

Elly Mazlein - Sabarlah Hati [Official Video]

"Sabarlah Hati" adalah single terbaru daripada Elly Mazlein.
Ceriakan pemanggil anda dengan nada dering "Sabarlah Hati".

Maxis -- Taip *131*301397# dan tekan SEND/CALL
Celcom -- Taip CMT 181581 dan hantar ke 22990
DiGi -- SMS CT 1301966 dan hantar ke 2000
U-Mobile -- Taip CT 438549 dan hantar ke 28118 



Love J Hail - Malaysian Real R&B. [Rain Cloudz]

Love J Hail 
Malaysian Artist 
Genre Real R&B

Sheila Majid - Dengarkanlah [Official Video]

Lagu ini boleh didapatkan di iTunes: http://smarturl.it/5qte3h

Muat Turun RBT "Dengarkanlah" sekarang!!

Maxis Caller Ringtones:Dial *131*158592# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones: Dial *888*85683# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes:Taip CT 0127823 dan hantar ke 2000
U Mobile Colour Tones:Dial *118*5*2*206733# dan tekan call/send 



Anita Sarawak - 1989 - Asmara



Artis : Anita Sarawak
Album : Asmara
Genre : Pop
 
Release : P&C 1989, EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. 
Distribute : EMI (Malaysia) Sdn. Bhd.


Komen Di Sini