Yutaka Ozaki - Japanese Rock [Kisah Perjalanan Hidup] The story of the journey of life


Yutaka Ozaki
Lahir -1965 - tahun kematian 1992
Karier aktif nyanyian  -1982 -1992
Umur waktu kematian  - 26 tahun
Genre - Rock Jepun


Hari ini kita pusing ke Jepun.Di Malaysia mungkin maklumat tentang penyanyi ini masih belum sampai di kalangan orang tempatan. Hanya beberapa orang Malaysia yang tahu tentang penyanyi ini seperti penuntut atau pekerja Malaysia yang pernah bekerja di Jepun ataupun penggemar muzik Jepun.Tidak banyak yang diketahui tentang penyanyi ini oleh editor kerana hayatnya tidak panjang.Berkebolehan bermain instrumen seperti gitar,piano dan harmonika, Ozaki telah mengarang banyak lagu-lagu yang hits di Jepun.Setelah dilamar oleh syarikat rakaman CBS Japan,Ozaki telah mengeluarkan single yang bertajuk 15 no yoru (Malam 15 tahun).Lagu tersebut dicipta oleh beliau pada umur 15 tahun dan dipasang di seluruh radio di Jepun di waktu umurnya 17 tahun (1983).Lagu itu menjadi hits di seluruh Jepun dan namanya terukir di jiwa setiap remaja ketika itu.Dengan liriknya yang jujur dan kegelapan pengalaman kehidupan,Ozaki telah menjadi perintis dalam menghasilkan lirik yang jujur.Kemudian pada beberapa tahun yang berikutnya muncul lagi lagu-lagu sensasinya seperti contoh I Love You (1991) dan masterpiece-nya yang terulung My Little Girl(1994)(P.S lagu ini dikeluarkan setelah kematiannya).Pada suatu hari di tahun 1992,fenomena remaja Jepun ini telah dijumpai di tengah jalan di dalam tidak sedarkan diri dan berbogel.Kemudian dia dikejarkan di hospital dan meninggal dunia di sana.Sebagai penghormatan ramai pemuzik termasuk 'raksasa-raksasa'di industri muzik Jepun selepas generasinya meng'cover'kan lagunya sebagai tanda penghormatan.Diantaranya Mika Nakajima,Utada Hikaru,Tsuyoshi Domoto (Kinki Kids) dan ramai lagi.Turut tidak ketinggalan di luar Jepun seperti Debbie Gibson dan Marty Friedman (USA). 

Yutaka Ozaki - Oh My Little Girl


Yutaka Ozaki - I Love You



15 no Yoru versi live besertakan lirik dalam Bahasa Inggeris.



 15 no yoru versi studio  - 尾崎豐 - 十五の夜


 

Ulasan editor:- Walaupun berlainan bahasa dan budaya dengan editor tetapi editor merasakan liriknya ada persamaan dengan hidup editor ebagai contoh hisap rokok kemudian bila kantoi tak tahu nak lari ke mana.Tapi bab curi motor tu tak adalah tapi editor ada motor Yamaha 88 @ Yamaha Panggang.Bab awek tu.. kenangan peribadi..sendiri sahaja feeling.Ok..Enjoy your life. 
EDITOR - AIMAN KAMARUDIN

Komen Di Sini